Rabu, 14 Disember 2011

Santa Claus

 Selepas murid belajar melukis "snowman",cikgu nak ajar kamu lukis santa claus.Cikgu percaya banyak murid suka santa claus kan?Langkah-langkahnya seperti di bawah.Lihat dari kiri ke kanan.

Gambar 1.Lukis 2 garisan lengkung sedikit.
Gambar 2.Lukis bujur di tengah,di bawah bujur lukis bentuk awan.
Gambar 3.Di sebelah bujur kiri dan kanan,lukis bentuk biji benih dan hitamkan.Dalam bahagian awan,lukis mulutnya.
Gambar 4.Tambah telinga dan cermin mata.




Gambar 5.Lukis kening berbentuk kacang tanah.
Gambar 6.Lukis topi santa claus.
Gambar 7:Lukis 2 garisan lenkung sedikit macam bentuk badan.
Gambar 8:Lukis butang baju dan tepiannya.




Gambar 9.Lukis lengan baju santan claus.
Gambar 10.Lukis tangannya .
Gambar 11.Tambah seluar di bawah bajunya.
Gambar 12.Akhirnya,lukis kedua-dua kakinya.


TAMAT~~~~~Selamat bercuba!

SNOWMAN

Hari ini,mari kita belajar melukis "snowman"^^,langkah-langkahnya senang sahaja.Cuba ikut langkah-langkah di bawah.

 LANGKAH 1:lukis 2 bulatan seperti gambar di atas.satu bulatan kecil di atas,satu bulatan yang lebih besar di bawahnya.Kamu boleh guna bahan yang berbentuk bulat untuk melukis bulatan.
 LANGKAH 2:Lukis mata,hidung dan titik-titik hitam(mulut).
 LANGKAH 3:Lukis scarf antara kepala dengan badan "snowman".
 LANGKAH 4:Lukis ranting kayu berbentuk "Y"sebagai tangan "snowman".
 LANGKAH 5:Di bahagian kepala "snowman",lukis garisan separuh bulatan sebagai tepian topinya.
 LANGKAH 6:Lukis separuh bulatan di luar kepalanya seperti gambar di atas.

LANGKAH 7:Lukis bentuk topi sehingga habis seperti gambar di atas.Tambah garisan lengkung di bawah badan "snowman",macam di atas "snow".




Selepas itu,kamu boleh warnakan untuk menambah kecantikkan.

Khamis, 1 Disember 2011

Warna Tertier

*Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan satu warna asas dan satu warna sekunder.
*Warna ini ialah warna yang ketiga hebat kuasanya.


Latihan:
Cuba campurkan warna primer dengan warna sekunder untuk mendapat warna tertier.


1)Merah + Jingga =__________.
2)Merah + Ungu   = __________.
3)Kuning + Hijau = __________.
4) Biru + Ungu     = __________.

Warna Sekunder

*Warna sekunder dihasilkan dengan mencampurkan dua warna asas
*Warna ini ialah warna yang kedua hebat kuasanya.


Contoh: 
merah + kuning = jingga
merah + biru = Ungu
kuning + biru = hijau

Warna Asas

*Warna asas dikenali sebagai warna utama atau warna primer.
*Warna ini tidak dapat dihasilkan daripada campuran warna-warna lain.
*Warna asas ialah warna yang paling kuat hebat kuasanya.

Rabu, 30 November 2011

Rama-rama

Bidang:Membentuk dan membina
Tajuk:Rama-rama
Bahan:kain stoking bewarna-warni,dawai,benang,manik.







Dawai dibentuk seperti di atas(bilangan 2)untuk dijadikan kepak rama-rama.


Masuk ke dalam kain stoking dan ikat hujung kain dengan benang(bilangan 2)



Manik-manik disambung dan ditetap dengan dawai seperti gambar di atas.


Tetapkan badan rama-rama dan kepak-kepaknya dengan dawai.Rama-rama sudah jadi.

Jumaat, 25 November 2011

Contoh rupa bentuk topeng muka "angry bird" merah.



Murid-murid,ini contoh rupa bentuk "angry bird"bermuka merah.Kamu boleh klik pada gambar di atas dan copy dalam folder kamu.Kamu boleh membesarkannya dalam "Microsoft office picture manager"dan sebagainya.Selamat mencuba!

Topeng muka "angry bird"


Topeng muka"angry bird"yang dipakai oleh anak saya,cantik tak?Jika murid-murid suka ,boleh buat sendiri dari blog guru berdasarkan langkah-langkah tersebut.




Bidang:Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti:Topeng muka
Tajuk: Muka "angry bird"


Jenis-jenis bahan:gunting,kad manila ,gam,gelang getah atau tali.


Langkah-langkah:
1.Lukis rupa "angry bird",kening,kedua-dua matanya dan mulutnya pada kad manila dengan warna yang sesuai.
2.Gunting rupa bentuk "angry bird"dan bahagian lain.
2.Tampalkan kening,kedua-dua mata dan mulut pada muka "angry bird"dengan gam.
3.Tebuk lubang pada bahagian tepi kiri dan kanan untuk memasukkan tali atau gelang getah.
4.Tebuk lubang juga pada bahagian mata.
5.Selesai dan boleh dipakai.


Jika murid tidak pandai lukis, bolehlah ambil rupa bentuk angry bird dari blog sini.Cikgu akan post kemudian.Selamat mencuba!

                         

Selasa, 8 November 2011

Langkah-langkah menghasilkan corak ikan dengan teknik kolaj

 Sediakan bahan-bahan seperti gam,gunting,kertas warna,pensel,kertas lukisan dan warna pensel.

Langkah 1:Cuba lakarkan corak ikan dalam imaginasi minda.

Langkah 2:carikkan atau gunting kertas warna kepada cebisan kecil.
 Langkah 3:Sapukan gam pada cebisan kertas warna.
Langkah 4: Lekatkan cebisan warna pada corak ikan sehingga penuh.
 Langkah 5:Warnakan gambar dasar laut dengan pensel warna.

 Langkah 6:Hiaskan dasar laut dengan cebisan warna yang sesuai.

Seekor ikan yang cantik sudah jadi,cantikkan?kamu juga boleh cubakan.

Ahad, 16 Oktober 2011

Cara Membuat Kolaj

Sabtu, 15 Oktober 2011

Teknik kolaj

Persediaan untuk rakaman mikro teaching dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.
 Bidang A: Menggambar. Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar. 
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.Pelbagai jenis bahan dilekat dan tampal pada satu permukaan khas seperti kertas lukisan.Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.
Contoh-contoh hasilan teknik kolaj dipetik dari internet.






Selain bahan kertas warna,bahan seperti kacang merah,kacang hijau,beras juga boleh digunakan.

Sabtu, 1 Oktober 2011

EL-JO2 TEKNOLOGI MAKLUMAT LECTURER


Personal Information
Full Name Email Web Site / Blog
Encik Md Zahar bin Othman zahar@upsi.edu.my -
Home Information
Address Telephone
No 2A, Jalan Sri 4, Tmn Sri Indah -
Work Information
Address Email Telephone Fax
2B2 Malim Sarjana zahar@upsi.edu.my 05-4505006
Other Information
Mobile Phone Notes
019-5175758 -

Please join my blog

My 2 cute son

Photobucket

My blogger name =purplerain

PhotobucketWelcome to my blog~

Chat with me~

Rainy Music